Penyanyi Ayda Jebat tak pasti keadaan adiknya Fyna selepas bercerai dengan bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan pada Mei lalu.
BACA: Tiada Persefahaman Dengan Madu, Fyna Jebat Sah Cerai Lepas 5 Bulan Kahwin
Jelas Ayda, dia sendiri sudah lost contact dengan Fyna dan kali terakhir mendapat khabar mengenai adiknya itu lebih kurang dua ke tiga bulan lalu.
Katanya ketika itu, Fyna ada cuba hubunginya tetapi dia tak sempat jawab. Dia minta Fyna hubungi semula tetapi Fyna terus senyap.
Fyna Jebat hilangkan diri
Sebagai seorang kakak, dia enggan mencampuri urusan peribadi adik dan yakin Fyna dapat menempuhi fasa penceraian dengan baik.
Dia menghilangkan diri, mungkin nak tempoh bertenang. Tapi dia memang macam tu, kami tak terkejut bila dia tak jawab call atau balas Whatsapp.
Penyanyi lagu Pencuri Hati ini juga tak menolak emosi adiknya terganggu kerana tak biasa dengan perhatian netizen termasuk media sebelum ini.
Rasanya Fyna juga mungkin sedang cuba lari atau terima hakikat. Saya tahu tahap dia kritikal atau tak. Kalau kritikal dia akan cari saya. Kalau dia diam, InsyaAllah dia okay je.
Ditanya jika keluarganya turut terkesan dengan isu ini, Ayda mengakui hal itu tetapi itu adalah jalan yang dipilih Fyna.
Tambahnya, Fyna sedar dia berkahwin dengan orang popular dan lejen dalam industri bola sepak tanah air. Jadi dia harus tahu bagaimana nak handle situasi termasuklah fasa penceraian ini.
Kredit: TikTok F8Buzz
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media