Oh! Artis

“Awak Tak Cari Ameena, Stop Cakap Saya Larikan Anak” – Pintu Rumah Shakilla Terbuka Untuk Fizi Ali

Published on

Kemelut hak penjagaan anak antara Shakilla Khoriri dan Fizi Ali nampaknya berpanjangan sehingga ke mahkamah.

Penyampai radio, Fizi terpaksa membawa kes hadanah ke mahkamah kerana tak mencapai kata sepakat dengan bekas isterinya.

BACA: “Minta Maaf, Saya Ada Urusan Lain” – Shakilla Khoiriri Enggan Beri Respon, Dijemput Balik Dengan Kereta BMW

Terbaru, Shakilla meluahkan rasa penat dengan dakwaan kononnya dia melarang Fizi berjumpa anak sendiri. Pelakon ini juga letih dengan segala provokasi dan cerita peribadi yang dikongsikan di media sosial.

Rupanya Fizi Ali tak mencari Ameena?

Sebagai seorang ibu, tak pernah terlintas di fikirannya untuk memisahkan silaturahim di antara bapa dan anak.

Selama ini, dia berusaha untuk menyatukan mereka bertiga sehingga maruahnya dipijak dan dituduh tak move on kerana sering mencari Fizi.

“Kami sentiasa tunggu video call, text untuk jumpa”

Sekarang ini, Shakilla mohon diberikan ruang untuk dia merangka perjalanan yang baik untuk anak tunggal, Ameena.

Malah, pintu rumahnya juga sentiasa terbuka untuk bekas suami melawat anak mereka. Kata Shakilla, tiada istilah menceroboh seperti yang dikatakan Fizi kerana Ameena sebahagian daripada hidupnya.

Kami sentiasa tunggu video call dan text awak untuk berjumpa. Awak tak MENCARI Ameena, so stop cakap saya larikan anak awak.

Pelakon ini merayu bekas suami tak menggunakan media sosial dan berkomunikasi dengannya secara baik demi kebahagiaan Ameena.

Kredit: Instagram Shakilla Khoriri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version