Selebriti terkenal, Rita Rudaini tampil memberi respon kepada penyebaran berita mengenai arahan dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
BACA: ‘Sebelum Ini Boleh Saja Komen Di IG Saya’ – Digelar Antivaksin, Rita Rudaini Jawab Tuduhan
Pelakon ini mempersoalkan ‘fungsi’ dos penggalak yang dikatakan dapat melindungi daripada jangkitan Covid-19, tetapi ramai juga yang dijangkiti.
Namun pilihan di tangan masing-masing, Rita hanya mampu berpesan supaya tak mengulangi kesilapan lama.
Walaupun tak cucuk vaksin, aktres ini bersyukur tak pernah demam sejak virus Covid-19 melanda dunia pada awal 2020.
Pelakon ini hanya mengamalkan pengambilan herba tradisional sebagai salah satu alternatif untuk menjaga kesihatan diri.
Kredit: Instagram Rita Rudaini
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.