Rasanya mesti ramai yang dah tengok ataupun tertengok video gelek sakan pelakon Ifa Raziah dekat majlis akikah baru-baru ni. Perbuatan Ifa ini mencetuskan kemarahan orang Islam kerana ia tidak sesuai dilakukan di majlis baik seperti itu.
Sedar dengan kecaman yang bertubi-tubi, Ifa tampil menjelaskan mengapa dia bergelek dekat majlis tu. Memetik laporan Kosmo, Ifa memaklumkan dia melakukan persembahan ketika sambutan ulang tahun perkahwinan.
Nyanyi dangdut kena diri tegak ke?
Saya penyanyi dangdut. Nak nyanyi dangdut kena tegak ke? Selama 27 tahun menjadi penyanyi, gelek saya itu yang beri saya makan. Kalau saya tak bergelek siapa nak panggil saya buat persembahan.
Pelakon berusia 47 tahun itu terut menjelaskan orang agama yang hadir ke majlis itu turut sudah beredar dan dia hanya lakukan persembahan untuk tetamu lain.
Dibayar puluhan ribu untuk buat persembahan
Apa masalah sekarang? Orang bayar saya berpuluh-puluh ribu untuk menyanyi. Ini cara saya cari makan. Bukannya saya berkelakuan tidak senonoh dan keterlaluan.