Oh! Artis

Angeline Tan Bertudung Sambil Bergambar Dengan Mural Nik Aziz, Netizen Tanya Dah Peluk Islam Ke?

Published on

Pelakon wanita, Angeline Tan telah mencuri tumpuan warga maya apabila dia memuat naik foto berhijab di Instagram. Wah! Nampak cantik gila walaupun sudah melewati usia 50 tahun.

Penampilan terbarunya itu juga telah menjadi tanda tanya segelintir netizen sama ada pelakon itu sudah memeluk agama Islam ataupun hanya menggayakannya semata.

Pihak media ada menghubungi Angeline bagi mendapatkan komen berhubung penampilan bertudung itu namun dia lebih selesa mendiamkan diri.

Mungkin memilih untuk privasi mengenai kehidupan peribadinya, Angeline Tan merupakan salah seorang selebriti yang aktif berlakon dan bebas daripada kontroversi serta publisiti murahan sejak penglibatannya dalam dunia seni sejak 1990-an yang lalu. Apa pandangan korang?

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version