Oh! Artis

Anak Gadis Eizlan Yusof Tarik Perhatian, Dipuji Cantik Macam Orang Turki

Published on

Anak sulung pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof iaitu Vie Zara menerima perhatian ramai selepas bapanya memuat naik video memaparkan dia sedang menyanyikan lagu Reckless daripada Madison Beer. Selain suara yang merdu, Vie Zara turut dipuji mempunyai rupa paras jelita persis ibunya, Vie Shantie Khan.

BACA: Abby Abadi Jawab Tuduhan ‘Jual’ Anak, Dah Cantik Nak Salahkan Siapa?

Dalam video berdurasi seminit, gadis berumur 13 tahun ini turut dikatakan mempunyai potensi dalam bidang seni seperti bapanya juga. Malah, Eizlan menerusi hantaran itu turut berkata masa berlalu begitu cepat sehingga anak sulungnya ini sudah memasuki alam remaja.

Di kesempatan itu, pelakon ini turut berterima kasih kepada bekas isterinya kerana mendidik anak dengan baik. Di ruangan komen, rakan-rakan artis dan peminat tidak putus-putus meluahkan rasa teruja melihat kecantikan remaja ini. Malah, ada yang berkata kecantikan Vie Zara seperti gadis kacukan dari negara Turki.

Di hantaran lain, Eizlan memuat naik video anak menyanyikan lagu dalam bahasa Arab pula. Menurutnya, memang dari dulu dia teringin tengok anak-anak berbahasa Arab dengan baik. Comel sangat ni!

Apa-apa pun didoakan semoga Vie Zara membesar menjadi anak yang solehah dan penyejuk hati kepada kedua ibu bapanya.

Kredit: Instagram Eizlan Yusof

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version