Difahamkan, nama gadis berusia 22 tahun itu trending di Indonesia disebabkan wajah kacukannya yang jelita.
Menyedari nama menjadi sebutan, rakan baiknya Rosix berseloroh membuat trend yang sama dengan menampilkan Ameera yang sebenar. Gadis itu hanya mampu ketawa berdekah.
Kiter follow trend baby LMK yang trending kat Indonesia now!!! Gurau-gurau manjahh.
Di ruangan komen, netizen memuji sikap sporting Ameera melayan trend di media sosial. Mereka mengakui influencer ini memiliki kecantikan semula jadi yang membuatkan ramai cair!