Oh! Artis

Ameera Khan Selamba ‘Tayang’ Gambar Pakaian Dalam Sendiri Di Media Sosial?

Published on

Kalau dah jadi seorang selebriti media sosial ni, segala tindak tanduk sentiasa menjadi perhatian pengikut dan peminat. Itulah yang berlaku kepada Ameera Khan apabila dia sering dikaitkan dengan kontroversi.

Terbaru! Ameera memuat naik satu perkongsian di Instagram menunjukkan pakaian dalam sedang tergantung di balkoni sebuah rumah telah tarik perhatian netizen.

Kebanyakkan netizen meluahkan rasa terkejut terhadap tindakan Ameera kerana berkongsikan baju dalam berwarna merah yang tersidai di pagar besi.

Netizen persoalkan tindakan adik Neelofa dan bertanya dimana letaknya maruah diri apabila memuat naik foto tersebut.

Walau bagaimanapun, posting tersebut telahpun dipadam Ameera selepas menerima banyak kecaman dari netizen.

Kredit: Instagram Ameera Khan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version