Kalau korang tengok ruangan komen satu hantaran Melodi TV3 di Instagram, ramai yang kritik Aliff tambah lagi apabila dia tidak mahu cerai dengan alasan masih sayangkan Bella.
Ramai yang menganggap bahawa perbuatannya yang curang sebanyak 11 kali sampaikan dengan adik Bella pun jadi salah seorang daripadanya langsung tak munasabah.
Lagipun, Aliff juga ada mengaku sudah tidak ada perasaan dan siap rancang untuk bercerai seperti yang dikatakan Bella sebelum ini pun jadi tanda tanya adakah betul masih sayang.
Bukan tu jer, ada juga yang fikir Aliff sengaja mahu menyeksa mental Bella dan ada juga yang sindir penyanyi itu tidak mahu lafaz cerai kerana takut nama baiknya tercalar selain tiada peluang pekerjaan yang akan diterimanya nanti.