Oh! Artis

Aliff Aziz Dan Ruhainies Bakal Didakwa Di Mahkamah Syariah

Published on

Dilaporkan 2 orang selebriti yang ditahan selepas kantoi berkhalwat iaitu Aliff Aziz dan Ruhainies telah dibebaskan dengan jaminan sementara pada jam 2 petang tadi.

Walau bagaimanapun, mereka berdua bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat di bawah peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], Seksyen 27 (Khalwat).

Akhirnya netizen sudah mengetahui siapa pelakon wanita yang ditangkap khalwat bersama Aliff di sebuah kondominium miliknya awal pagi tadi.

Kesimpulannya sudah berulang kali Aliff melakukan perkara yang sama. Nampak seperti beliau tidak bersyukur walaupun diberi banyak peluang sehingga namanya kembali meningkat dalam industri.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version