Sejak isu ini menjadi hangat, rata-rata sudah menjangkakan pelakon wanita, Sophia Al Barakbah adalah wanita yang dikatakan Bella.
Sebentar tadi, ketika sidang media drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’, Aliff Aziz menegaskan bahawa isterinya tidak akan keluarkan sebarang kenyataan tanpa usul periksa. Ini karana ramai mengatakan Bella hanya membuat tuduhan tanpa bukti.
Aliff akui apa terjadi kerana silap dirinya sendiri…
Tiada siapa jangka kontroversi ini akan menjadi hangat. Saya anggap ini satu teguran daripada Tuhan apabila menjalani penggambaran supaya tidak lalai menjaga batas ikhtilat.
Aliff turut merasakan dirinya dan Sophia terbawa-bawa perasaan yang dicipta untuk menjayakan watak kerana tiada sesi bacaan skrip dilakukan.
Dalam pada itu, Aliff berharap agar apa yang berlaku ini tidak berlarutan serta akur dengan syarat untuk tidak lagi bergandingan dengan Sophia selepas ini demi menghormati isterinya.
Dalam pada itu, ramai netizen memujinya kerana berani berdepan dengan media dan lebih matang ketika menjawab soalan berbanding dengan dirinya dahulu. Nampaklah yang Aliff yang dahulu bukannya yang sekarang. Apapun, kita doakan agar hubungan suami isteri antara Aliff dan Bella kekal bahagia hingga akhir hayat.