Sepertimana semua tahu, baru-baru ini telah berlangsung separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) di Sri Pentas dan Alif Satar yang merupakan salah seorang peserta yang membuat persembahan disahkan positif Covid19 Jumaat lalu.
Selebriti-selebriti yang terlibat dalam rancangan tersebut juga tak terlepas untuk membuat ujian saringan selepas Alif Satar disahkan positif. Antara artis yang terlibat ialah pengacara Sherry Alhadad dan Haziq Husni serta Hael Husaini, Zynakal, Ernie Zakri, Syamel, Aina Abdul dan Stacy.
Apa yang betul-betul menjadi perhatian apabila Alif Satar tidak putus untuk meminta maaf kepada semua rakan-rakan yang terlibat dalam acara itu dan menganggap bahawa dirinya adalah penyebab semua ini berlaku.
Sebenarnya bukan salah kita, kita pun taktahu virus itu ada pada diri kita ataupun tidak. Rata-rata rakan artis semuanya bersikap positif dan mendoakan Alif Satar dan keluarga dihindarkan dari penyakit bahaya ini.