Baru-baru ini, Ernie berkongsi detik permulaan hidupnya bersama suami dan mengaku bahawa dirinya pertama yang meluahkan perasaan kepada Syamel. Wah, seriuslah?
Luah dahulu
Menerusi satu video yang tular di TikTok, Ernie memaklumkan dirinya menghubungi Syamel dahulu untuk meluahkan perasaan.
Saya cakap “Eh Syamel, aku ada benda nak cakap dengan kau. Aku suka kau, tapi tidak apa kalau kau tak balas. Aku okay je”. Lepas itu dia (Syamel) macam “Eh sabarlah, aku tak bagi jawapan lagi. Sebenarnya aku pun suka kau”.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen berasa kagum dengan keberanian Ernie untuk meluahkan perasaan dahulu.
Berani betul yer nak confess dahulu, ada pembaca Oh! Media yang sama situasi juga tak?