Oh! Artis

“Agak-Agak Lah Lagi Better” – Peminat Berang Bonda Hetty ‘Downgrade’ Alyah Demi Puji Nana

Published on

Juri program nyanyian, All Star Gegar Vaganza (ASGV) Bonda Hetty Koes Endang mengundang kontroversi apabila merendah-rendahkan penyanyi Datin Alyah.

Difahamkan, Bonda membandingkan kualiti nyanyian Siti Nordiana menerusi lagu Kisah Hati yang menurutnya lebih sedap berbanding penyanyi asal.

Peminat bagaimanapun tidak bersetuju dan merasakan juri tidak menghormati Datin Alyah yang turut hadir malam tadi.

Luahan peminat itu turut mendapat ‘repost’ daripada Alyah di Instagram Story.

Kata para peminat lagi, setiap penyanyi mempunyai kekuatan masing-masing. Jadi juri tidak sepatutnya berkata begitu di hadapan lebih 10,000 penonton di stadium.

Suara Nana memang sedap, tapi Datin Alyah tetap terbaik kan? Apa pendapat korang pula?

Kredit: Instagram Alyah81

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version