Penceramah bebes, Ustaz Kazim dikejutkan dengan sakit misteri yang tidak diketahui sebabnya dan ada memuat naik gambar luka di tangannya yang memiliki ketulan kecil berwarna hitam di media sosial sebelum ini.
Pelakon iaitu Aeril Zafrel turut komen di perkongsian penceramah bebas itu dan menyebabkan dia dikecam teruk oleh netizen.
Shooting kan tu ustaz
Menurut laporan Harian Metro, Aeril Zafril tampil dan menjelaskan bahawa apa yang ditanyakan itu hanya berdasarkan pemerhatiannya dimana penyakit kulit misteri yang dipecayai kesan sihir itu kelihatan seperti solekan.
Pertanyaan saya pun berdasarkan gambar yang ustaz muat naik, bukan menidakkan ustaz sakit selama ini.
Apa pandangan korang? Kalau tak berniat untuk memerli tu okaylah kan. Ariel pun dah jelaskan yang dia komen macam tu hanya berdasarkan gambar sahaja.