Teruk dikecam gara-gara didakwa tidak mempunyai pekerjaan, adik lelaki penyanyi Shila Amzah iaitu Amir Syafiq akhirnya terbang ke China.
Syafiq berkongsi perkara itu di TikTok bagi membuktikan dia mempunyai pekerjaan dan bergerak pada Sabtu lalu.
Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan usia. Syukur, hari ni fly ke China. Terpaksa delay flight. Patut 19hb hari tu. Disebabkan fitnah dari pihak yang tidak bertanggungjawab, menyebabkan tergendala kerja.
Dalam pada itu, Syafiq turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memfitnah ibunya, dirinya, Syada dan Eiza.
Saya maafkan anda semua. Semoga Allah buka pintu hati kalian untuk lebih menilai diri sendiri sebelum menilai orang lain.
Dan juga, silalah cari ibu anda semua dan minta maaf, minta ampun pada mereka sebelum terlambat.
Syafiq sebelum ini turut menjelaskan dia mempunyai pekerjaan dalam industri seni sebagai soundman dan lighting.