Menurut Shuib, dirinya telah menghantar rombongan meminang di kediaman keluarga Watie di Shah Alam dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.
Shuib masih malu
Lengkap memakai baju melayu berwarna hijau pucuk pisang, Shuib akui dirinya masih berasa malu untuk menguar-uarkan perkara ini termasuk berkongsi dengan rakannya yang lain.
Dewan dah tempah. Saya sebenarnya rasa malu nak bercerita fasal ini. Nak kongsi dengan kawan-kawan pun saya rasa malu.
Dalam pada masa yang sama, dirinya juga berkata sebanyak 30% persiapan hari perkahwinan telah siap dan majlis tersebut bakal dilangsungkan pada 23 Jun hadapan.
Jadi, saya mohon doakanlah semoga perjalanan kami dipermudahkan. Doakan yang baik-baik untuk kami. InsyaAllah, doakan tau. Selamat hari raya.
Alhamdulillah, kita doakan yang baik-baik sahaja buat pasangan ini.