Sewaktu Oh Media tengah scroll TikTok, kebetulan nampak pempengaruh terkenal Khairul Aming masak menu Daging Harimau Menangis. Ya Allah, sedapnya tengok.
BACA: #JUADAH Ini Resepi Mudah Nasi Ayam Mandy Ala Timur Tengah
Jadi, jom kita cuba menu itu juga untuk berbuka puasa nanti! Hasil perkongsian hidangan khas oleh Khairul Aming .
Daging Harimau Menangis
https://www.tiktok.com/@khairulaming/video/7215080151456042267?_t=8b0qidxdG8v&_r=1
Bahan-bahan untuk daging:
500gm daging lembu (Rib eye) bahagian lemak
Sos tiram
Sos ikan
Gula perang
Lada hitam
Cara-cara membuat daging:
Potong kecil daging lembu, pastikan tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.
Gaul daging bersama dua sudu sos tiram, satu sudu sos ikan, satu sudu gua perang dan sedikit lada hitam.
Biarkan ia perap seketika.
Masak daging menggunakan kuali yang panas.
Setelah siap dimasak, boleh angkat daging untuk dihidang.
Bahan-bahan untuk sos Thai hijau:
3 ulas bawang putih
8 biji cili padi hijau
Gula
Sos ikan
2 biji limau nipis
Daun ketumbar
Cara membuat sos Thai hijau:
Tumbuk bawang putih bersama cili padi hijau hingga lumat.
Masukkan tiga sudu gula dan satu sudu sos ikan.
Perahkan limau nipis ke dalam sos.
Masukkan sedikit daun ketumbar.
Kacau hingga rata.
Senang saja bukan? Selamat mencuba!
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media