Oh! Makan

#JUADAH Boleh Buat Burnt Cheesecake Guna Air Fryer? Mudahnya!

Published on

Siapa di sini perlu ada pencuci mulut selepas makan makanan berat? Kalau dapat Burnt Cheesecake pun sedap juga.

BACA: #JUADAH Ini Resepi Sebenar Daging Harimau Menangis ‘Simple’ Oleh Khairul Aming

Hari ini, Oh! Media akan kongsi resepi yang sangat mudah untuk buat kek berasal dari Sepanyol itu. Jom, kita buat!

Resepi Burnt Cheesecake

Bahan-bahan:

  1. 3 biji telur
  2. 250 gram cream cheese
  3. 3 sudu besar gula
  4. 125 ml whipping cream
  5. 2 sudu besar tepung gandum

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam loyang dan kacau hingga sebati.
  2. Panaskan air fryer terlebih dahulu dengan suhu 170°C selama 5 minit.
  3. Kemudian, masukkan adunan kek ke dalam air fryer pada suhu yang sama selama 25 minit.
  4. Tunggu kek sejuk seketika dan siap untuk dimakan.

Ha, mudah sangat bukan? Selamat mencuba!

Kredit: Myresipi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version