Oh! Makan

Ini Resepi Mudah Buat Roti Canai Di Rumah

Published on

Kadang-kadang rasa nak makan roti canai tengah malam dekat kedai mamak, tapi duit poket pula tak bagi keizinan. Tambah pula, esok nak bangun pagi siapkan sarapan keluarga adeh memang susah, bukan?

BACA: Ini Adalah Senarai Suhu Dan Masa Bagi Air Fryer Mengikut Jenis Makanan

Jangan risau, hari ini Oh! Media nak kongsi satu resepi yang sangat mudah dan cepat bagi membuat roti canai di rumah. Yang penting duit terjaga dan boleh buat banyak sebagai sarapan keesokan hari.

Resepi mudah

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. 850g tepung serbaguna
  2. 400ml air suam
  3. 2 sudu teh garam halus
  4. 40g gula pasir
  5. 100ml susu pekat
  6. 1 biji telur gred B

Cara-cara memasak:

Campurkan air suam, garam halus, gula, susu pekat dan gaul sebati bahan-bahan tersebut. Satukan air bancuhan dan telur ke dalam tepung dan gaul hingga menjadi doh yang melekit di tangan.

Contoh doh yang siap diuli dan tidak melekit di tangan.

Tutupkan doh tersebut dan biarkan ia rehat selama 30 minit sahaja.

Tekstur yang direhatkan akan nampak lebih lembut dan cantik.

Bulatkan doh tersebut dengan berat 80g setiap satu. Rendamkan ke dalam minyak atau marjerin.

Bulatkan dalam sebesar tapak tangan.

Rendam doh yang sudah dibulatkan dalam minyak dan biarkan ia rehat selama 8 jam.

Doh roti canai sedia untuk ditebar dan dimasak.

Masak roti canai tersebut hingga garing dan siap untuk dihidang.

Ha, mudah je kan? Jadi, selamat mencuba!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version