Connect with us

Oh! Media

“Suka Tak Suka, Saya Je Yang Korang Ada” – TMJ Bongkar Peranan Dalam Revolusi Harimau Malaya

Ohmedia tunku mahkota johor harimau malaya

Oh! Arena

“Suka Tak Suka, Saya Je Yang Korang Ada” – TMJ Bongkar Peranan Dalam Revolusi Harimau Malaya

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi peranan besar baginda dalam usaha memperkasakan pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya.

Menurut TMJ, baginda telah diminta oleh kerajaan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membantu membawa revolusi kepada pasukan kebangsaan.

TMJ jelaskan baginda tiada kaitan dengan badan pencari bakat di media sosial…

Image

Dalam satu hantaran di laman X, TMJ menjelaskan bahawa baginda hanya bekerja dengan pasukannya sendiri dan tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak lain, termasuk laman pencari bakat di media sosial.

IKLAN

Fokus baginda adalah memperbaiki struktur, meningkatkan kemudahan latihan, menggunakan teknologi terkini, dan menjalin hubungan dengan organisasi bola sepak terkemuka dunia.

Saya tiada sumber rapat. Saya tak kenal pun orang atau page ini. Saya tiada kaitan dengan sesiapa dan mana-mana pihak.

Saya hanya diminta bantu kerajaan Malaysia, KBS, FAM dan bekerja dengan pasukan saya sendiri untuk membantu pasukan kebangsaan.- Jelas TMJ.

“Hanya saya yang korang ada”- TMJ.

Image

TMJ turut menekankan bahawa baginda adalah satu-satunya individu yang mampu membantu pasukan kebangsaan berdasarkan pengalaman, infrastruktur, dan rangkaian global yang dimiliki ketika ini.

Baginda juga menyatakan rasa kesal terhadap mereka yang hanya tahu bercakap tetapi tidak memberikan sumbangan nyata kepada bola sepak negara.

Kalau fikir secara rasional dan berdasarkan fakta. Hanya saya yang anda semua ada. Yang lain setakat bercakap, tak sanggup beri sokongan kewangan dan kenalan mereka pun tak seberapa.

Saya ada infra, Alhamdulillah rezeki dan contact dengan dunia bola sepak secara global dan berjaya. So suka tak suka, minta maaf.- Kata TMJ.

Image

Pelantikan baharu dan usaha TMJ dah mula rancak…

Revolusi Harimau Malaya semakin rancak apabila jurulatih baharu, Peter Cklamovski, diumumkan untuk mengetuai skuad utama, manakala Nafuzi Zain diberikan tanggungjawab terhadap skuad bawah 23 tahun.

Dalam masa terdekat, beberapa jawatan penting seperti Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Teknikal turut akan diisi.

Selain itu, TMJ juga sedang giat berusaha membawa masuk pemain warisan dan naturalisasi untuk memperkuatkan skuad kebangsaan.

Baginda turut bertemu tokoh-tokoh besar bola sepak dunia seperti Presiden FIFA, Gianni Infantino, dan Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi, untuk membuka jalan baharu bagi bola sepak Malaysia.

Image

#OhmediaNasihat

Korang mesti nampak betapa pentingnya usaha TMJ dalam membangunkan bola sepak negara. Apa yang baginda buat ni bukan kerja main-main, dari fasiliti moden, teknologi canggih, sampai ke hubungan global, semua ini perlukan masa, tenaga, dan sumber yang besar.

Sebagai peminat bola sepak, korang pun ada peranan penting. Teruskan menyokong pasukan kebangsaan, bukan sekadar bercakap atau mengkritik. Nak lihat Harimau Malaya berjaya? Sama-sama kita bangkit dan beri sokongan padu!

Ohmedia tunku mahkota johor harimau malaya

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Podcast

[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19

OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM

Oh! Botcast

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas