Oh! Arena

Penyerang Import, Bruno Suzuki Peluk Agama Islam

Published on

Penyerang import Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC), Bruno Suzuki sudahpun memeluk agama Islam semalam. Wah! Alhamdulillah..

Menurut satu posting dibuat PDRM FC di Facebook, pemain kacukan Jepun-Brazil itu telah mengucapkan dua kalimah syahadah depan Ustaz Arif M. Rajoli di Masjid Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur.

Berita gembira ini turut dikongsikan Komandan PULAPOL, Kuala Lumpur SAC Noor Hisham Nordin, Timbalan Komandan PULAPOL, Kuala Lumpur Supt. Razali Mohamed Shahid, barisan pengurusan, jurulatih serta rakan pasukannya yang lain.

Bukan tu jer, mereka juga bersyukur dan berkata bahawa hidayah itu milik Allah SWT yang menggerakkan hati seseorang bagi mendalami dan memeluk agama suci ini.

Untuk info, Bruno Suzuki sejak tahun 2017 lagi dah ada dalam Liga Malaysia dan permah masuk ke kelab Negeri Sembilan FC, Terengganu FC dan Terengganu FCII.

Kredit: Facebook PDRM FC

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Penting ke atau korang rasa tak perlu?

♬ original sound – Oh! Media

Exit mobile version