Oh! Arena
KBS Desak PDRM Terus Siasat Sampai Jumpa Pelaku Kes Simbah Asid Faisal Halim
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tampil menyuarakan kebimbangan terhadap insiden serangan asid ke atas pemain kebangsaan, Faisal Halim.
Menurut laporan Kosmo, KBS juga mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan siasatan hingga dalang sebenar berjaya ditangkap.
Hannah Yeoh gesa PDRM jangan henti siasatan

Tindakan kejam itu merupakan jenayah berat dan tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan aset negara dalam dunia sukan dan perkara ini dikatakan sendiri Menterinya, Hannah Yeoh.
Saya berharap pihak polis tidak akan terhenti seperti itu. Saya lega kerana siasatan masih diteruskan dan berharap mereka akan mengerah lebih banyak tenaga untuk cari pihak yang bertanggungjawab.
Kes Faisal Halim disahkan NFA, tapi rayuan telah dihantar

Semalam, pasukan peguam Faisal Halim mengesahkan bahawa kes itu telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) oleh pihak berkuasa.
Namun begitu, peguam Nik Zarith Nik Moustpha mendedahkan bahawa mereka telah menghantar surat rasmi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 18 April bagi memohon siasatan dibuka semula.
Kami telah berbincang dengan Faisal dan bersetuju untuk mengambil langkah susulan demi menuntut keadilan.