Oh! Arena

Dua Bintang Bola Sepak Dunia Tunai Umrah Selepas Berpindah Ke Arab Saudi

Published on

Pemain bintang bola sepak dunia, Karim Benzema dan Sadio Mane dilihat sedang menikmati keindahan berada di Liga Pro Saudi selepas merakam momen mengerjakan umrah.

Kapten Al-Ittihad dan pemenang Ballon d’Or 2022, Benzema berkongsi momen indah itu Instagram. Untuk pengetahuan korang ini bukanlah kali pertama Benzema menunaikan umrah kerana pernah ke sana pada tahun 2016.

MasyaAllah, yang terbaik daripada yang terbaik. Alhamdulillah. – Kata Benzema.

Bintang baharu, Al Nassr, Sadio Mane turut berkongsi momen yang sama pada 3 Ogos lalu. Mane merakam dirinya berada di depan Kaabah bersama rakan sepasukannya.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version