Connect with us

Oh! Media

Arif Aiman Dan Tommy Mawat Dikenakan Hukuman Oleh FAM

Ohmedia bc8b9a91 c233 4914 95fd ce3e852e277d

Oh! Arena

Arif Aiman Dan Tommy Mawat Dikenakan Hukuman Oleh FAM

Pemain sayap JDT, Arif Aiman dan pemain pertahanan Perak FC, Tommy Mawat digantung tiga perlawanan susulan insiden yang berlaku dalam perlawanan antara Johor Darul Ta’zim dan Perak FC baru-baru ini.

Arif Aiman telah Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM iaitu kelakuan yang menyinggung dan fair play, akibat daripada tindakannya menumbuk di bahagian muka sebelah kiri pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada pada perlawanan tersebut.

Oleh yang demikian, Ariff dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan iaitu perlawanan pertama dan kedua Pusingan 16 Unifi Piala Malaysia serta satu perlawanan Liga Super 2024-2025.

IKLAN

Arif dan Tommy diberi amaran keras

Arif

Manakala Tommy Mawat pula telah Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM iaitu kelakuan yang menyinggung dan fair play, akibat daripada tindakannya menanduk kepala dan seterusya mencengkam leher sebelah kiri pemain Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Mohd Hanapi pada perlawanan tersebut.

Justeru itu, Tommy Mawat dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan iaitu perlawanan pertama dan kedua Pusingan 16 Unifi Piala Malaysia serta satu perlawanan Liga Super 2024-2025.

Kedua-dua pemain ini juga diberi amaran keras dan boleh dikenakan hukuman yang lebih berat jika mengulangi kesalahan yang sama.

Ohmedia bc8b9a91 c233 4914 95fd ce3e852e277d

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: FAM


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Podcast

[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19

OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM

Oh! Botcast

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas