Branded
Tempah Proton e.MAS Sekarang dan Jadi 1 Daripada 7 Pemenang Tiket VIP Bernilai RM399!
Showroom baru khas untuk Proton e.MAS kini dibuka di Damansara. Majlis pembukaan berlangsung pada 7 Julai 2025 dengan pelbagai aktiviti menarik dan tawaran eksklusif untuk pengunjung.
Acara ini memberi peluang kepada orang ramai merasai sendiri teknologi kenderaan elektrik terkini dari Proton.

Selain pandu uji, pengunjung juga boleh sertai aktiviti bertemakan bola sepak sempena kerjasama EON dengan Zurich Liga 7×7 All Stars 2025.
Pembukaan ini turut menunjukkan komitmen EON untuk membawa Proton e.MAS lebih dekat dengan pengguna di kawasan bandar.
Pelanggan kini boleh menikmati proses pembelian yang lebih mudah, penghantaran pantas dan pengalaman servis yang lebih peribadi.
Tawaran Khas 7.7 dan Tiket VIP ke Aksi Bola Sepak

Bermula 7 Julai, pelanggan yang membuat tempahan untuk Proton e.MAS 7 di cawangan baru ini boleh menikmati kadar faedah serendah 1.68% setahun, selain peluang untuk memandu uji kenderaan tersebut.
Dijangka tarik lebih 15,000 pengunjung
Sebagai Rakan Mobiliti Rasmi, EON akan menyokong Zurich Liga 7×7 All Stars 2025 dengan penyediaan kenderaan SUV khas untuk membawa pemain-pemain legenda yang bertindak sebagai kapten pasukan bertanding, termasuk bintang antarabangsa seperti John Terry, Dimitar Berbatov, Ryan Giggs serta ikon tempatan Safee Sali.
EON juga akan terlibat melalui pameran jenama interaktif dan aktiviti di lokasi sepanjang acara berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 18 hingga 19 Julai ini.
Acara ini dijangka menarik lebih 15,000 pengunjung, termasuk kehadiran legenda bola sepak tempatan, selebriti hiburan serta personaliti gaya hidup.
Menangi tiket bola bernilai RM399
Nak tahu apa yang lagi menarik? Sempena promosi 7.7, 7 pelanggan bertuah yang menempah antara 7 hingga 17 Julai akan dipilih untuk memenangi tiket tempat duduk tepi padang bernilai RM399 setiap satu untuk menyaksikan aksi Zurich Liga 7×7 All Stars pada 19 Julai ini.
Antara aktiviti interaktif lain yang mencuri tumpuan termasuk tendangan penalti, cabaran juggling bola dan kuiz “Teka Siapa Pemain”. Semua ini berjaya menceriakan suasana dan menambah keterujaan pengunjung.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://eon.com.my/proton-e-mas-damansara/ sekarang.
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM