Connect with us

Oh! Media

Sambut Ulang Tahun Ke-65, Nikmati Hadiah Sehingga RM1 JUTA Di MYDIN!

Promosi MYDIN

Branded

Sambut Ulang Tahun Ke-65, Nikmati Hadiah Sehingga RM1 JUTA Di MYDIN!

Sebut je pasaraya MYDIN, confirm semua orang tau betul tak? Maklumlah, bukan saja selalu tolong golongan yang kurang berkemampuan, siap boleh jadi penghibur di media sosial lagi!

Baru-baru ni, MYDIN telah menyambut ulang tahun yang ke-65 di semua cawangan satu Malaysia tau! Wow, sama tahun dengan hari kebangsaan Malaysia. Patutlah MYDIN berjiwa rakyat!

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa memberi sokongan daripada dulu hingga kini, MYDIN hadir dengan beberapa promosi hebat yang korang wajib tahu! 

Promosi Di Lebih 34 Kedai Untuk Kad Keahlian Meriah MYDIN!

Sempena sambutan ulang tahun MYDIN ke-65, korang yang ada kad Meriah tu boleh nikmati diskaun penjimatan di lebih daripada 34 rakan niaga MYDIN  tau seperti Zus Coffee, Marrybrown, MyLaksa, Tomei dan banyak lagi! Bestnya!

Menariknya, siapa yang ada kad Meriah, korang akan dapat 1 mata ganjaran untuk setiap RM1 yang korang belanjakan tau. Wow, lagi banyak korang berbelanja, lagi banyak mata ganjaran korang akan dapat! 

Bukan itu saja, MYDIN akan berikan diskaun istimewa khas untuk korang yang memegang kad keahlian MYDIN tau. Macam ni barulah best nak berbelanja!

Agak-agak kalau korang dah kumpul banyak mata ganjaran, korang boleh tebus dengan Big Loyalty ataupun tukarkan mata ganjaran kepada baucar tunai. Haa, banyak tau korang dapat jimat!

Apa yang best kalau ada kad Meriah ni, korang akan dapat hadiah hari lahir semasa bulan kelahiran korang tau! Haa, berminat nak join tak? Cara nak join pun senang je. 

Nikmati Potongan Harga & Penghantaran PERCUMA Dengan Kad Meriah

Untuk korang yang berminat, cara untuk dapatkan kad Meriah senang je. Hanya perlu ikut 3 langkah mudah ni:

Langkah 1: Datang ke mana-mana cawangan pasaraya MYDIN

Langkah 2: Pergi ke kaunter Khidmat Pelanggan dan isi borang yang diberikan

Langkah 3: Nikmati promosi kad Meriah di semua cawangan MYDIN dan rakan niaga terpilih!

Senang je kan? Macam tu je korang dah boleh dapatkan kad keahlian dan nikmati macam-macam jenis promosi daripada MYDIN! 

Lagi best, kalau korang membeli belah menggunakan aplikasi MYDIN, korang dapat nikmati potongan harga khas untuk pemegang kad Meriah dan penghantaran secara PERCUMA tau. Bestnya!! 

Siapa yang belum muat turun  aplikasi MYDIN tu, korang boleh dapatkan di Google Play Store atau App Store.

Beli & Dapat Cashback Dengan Aplikasi Boost Di MYDIN

Zaman semakin maju, ada macam-macam cara korang boleh gunakan untuk beli barangan keperluan yang diinginkan seperti menerusi aplikasi e-Wallet atau laman web saja tau. 

Haa, siapa yang pakai aplikasi Boost tu, kalau korang berbelanja di MYDIN daripada 18 Ogos hingga 20 November 2022, korang boleh nikmati cashback sebanyak 10% daripada 16 jenama terpilih. Bestnya!

Menariknya, korang boleh gunakan cashback tersebut untuk transaksi yang seterusnya tanpa memerlukan sebarang minima perbelanjaan tau! Korang juga akan diberi notifikasi untuk menggunakan MYDIN Wallet. 

Tapi, jangan tak gunakan cashback tu lama sangat, takut burn pula sebab cashback tersebut akan tamat tempoh selepas 15 hari penerimaan tau. 

Peraduan Eksklusif Beli & Menang Hadiah Sehingga RM1,000,000! 

Tak cukup dengan promosi dan potongan harga, korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan bernilai RM1,000,000 tau! Wow, banyaknya!!

Hadiah-hadiah yang ditawarkan ni semuanya best-best seperti hadiah utama akan membawa pulang Thermomix TM6 bernilai RM6,988 dan tempat kedua akan membawa pulang Dyson Pure Cool Air Purifier TP00 bernilai RM1,799. Fuhh, berpeluh dengar. 

Bukan itu saja, korang juga boleh menangi hadiah mingguan seperti baucar tunai MYDIN bernilai RM100 untuk 5 orang pemenang terpilih setiap minggu sepanjang 11 minggu.

Selain itu, MYDIN turut menawarkan baucar tunai bernilai RM30 untuk 15 pemenang setiap minggu sepanjang 11 minggu! Bestnya!

Jadi, tunggu apa lagi, cepat rebut peluang keemasan ni sekarang! Siapa cepat, dia dapat~ Peraduan sehingga 31 Oktober ni tau!

Nikmati Penjimatan Kaw Kaw Dengan MYDIN!

https://www.tiktok.com/@mydinmalaysia/video/7133420367233813787

Haa, menarik kan promosi-promosi yang MYDIN tawarkan sempena sambutan ulang tahun ke-65 mereka?

Jadi, siapa yang belum ada kad meriah tu, cepat buat sekarang dan nikmati lebih banyak promosi menarik akan datang!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi MYDIN atau ikuti media sosial di Facebook, Twitter, dan Instagram

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas