Connect with us

Oh! Media

Dapat Bayaran Balik Sehingga 30%, Ini Berita Gembira Pemilik Kenderaan Wajib Tahu

Branded

Dapat Bayaran Balik Sehingga 30%, Ini Berita Gembira Pemilik Kenderaan Wajib Tahu

Ketika ini, rakyat Malaysia secara umumnya masih lagi dalam proses pemulihan selepas dilanda pandemik. Masih ada yang bekerja dari rumah sekaligus mengehadkan pergerakan keluar ke tempat kerja dan mengurangkan pemanduan.

Sehubungan itu, Etiqa telah melancarkan kempen ‘Pandu Kurang Lebih Jimat’ yang menawarkan rebat sehingga 30% daripada harga premium atau sumbangan berdasarkan jumlah mileage kenderaan anda.

Apa itu ‘Pandu Kurang Lebih Jimat’?

Manfaat tambahan ‘Pandu Kurang Lebih Jimat’ ini adalah PERCUMA, dan rebat akan dibayar setiap kali pelanggan membuat tuntutan, tertakluk kepada tempoh minimum sepuluh hari antara setiap tuntutan. Paling penting, nilai tambahan ini terbuka kepada semua pemandu kenderaan persendirian komprehensif.

Macam mana nak buat?

Mesti ramai yang tertarik dan tertanya-tanya macam mana nak aktifkan nilai tambahan ni kan? Senang je. Setelah memperbaharui insurans atau takaful kereta dan memilih manfaat tambahan PERCUMA “Pandu Kurang Lebih Jimat”, anda boleh rujuk langkah-langkah di bawah untuk proses pengaktifan:

1. Hantar gambar nombor kenderaan dan odometer kenderaan melalui aplikasi Etiqa Smile.

2. Muat naik gambar odometer kenderaan pada bila-bila masa dalam tempoh 10 hari antara tarikh muat naik bagi mengekalkan rebat.

3. Gambar-gambar yang dimuat naik akan menentukan jumlah mileage dalam pengiraan rebat harian anda.

Cara kiraan rebat tunai

Rebat tunai akan dikira berdasarkan julat kilometer harian bagi menentukan premium atau sumbangan asas pelanggan. Tetapi, ini tidak termasuk diskaun No Claim Discount (NCD) ditetapkan Etiqa.

Untuk info lebih lanjut mengenai ‘Pandu Kurang Lebih Jimat’ bagi menikmati rebat sehingga 30%, atau mahu terus membuat langganan dan pembelian, korang boleh lawati Etiqa website sekarang.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas