Connect with us

Oh! Media

Persatuan Guru Mohon JPN Siasat Kejadian Murid Makan Bersila Di Lantai Tanpa Alas

Persatuan Guru

Trending

Persatuan Guru Mohon JPN Siasat Kejadian Murid Makan Bersila Di Lantai Tanpa Alas

Baru-baru ini tular di media sosial gambar menunjukkan sekumpulan pelajar makan di atas lantai tanpa sebarang alas seperti tikar atau surat khabar.

BACA: ‘Surprise’ Istimewa Hari Guru, Murid Ni Hadiahkan Rotan Untuk Cikgu-Cikgu!

Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen kerana guru-guru dan tetamu khas dikatakan makan di meja yang beralas dan kerusi yang diletakkan sarung kemas.

IKLAN

Orang ramai mempersoalkan mengapa murid-murid dilayan sebegitu dan mengaitkan isu kebersihan meskipun lantai sudah disapu bersih.

Memetik laporan Harian Metro, Presiden Persatuan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan memohon Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menjalankan siasatan berhubung kejadian tular itu.

Jika benar berlaku, ia amat dikesalkan dan tidak sepatutnya terjadi. Mungkin pihak sekolah boleh menyediakan alas tikar untuk murid-murid duduk bersila supaya nampak tertib serta enak dipandang.

Jelasnya, murid-murid tidak sewajarnya diperlakukan sebegitu terutama ketika sambutan Hari Guru. Pihak sekolah sepatutnya menyediakan tempat makan yang sesuai dan bersih.

Tak wajar diperlakukan sebegitu terutama ketika sambutan Hari Guru sedangkan tetamu kenamaan disediakan meja makan khusus.

Beliau menggesa siasatan untuk mengetahui hal yang sebenar dan mengelakkan tanggapan negatif pelbagai pihak.

Selain itu, pihak pengurusan sekolah perlu mengambil berat soal kebersihan untuk menjadikan sekolah tempat yang selamat dan bersih.

Katanya lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu membantu dalam menaik taraf lantai kantin yang sudah uzur dengan yang baru.

Kredit: Harian Metro | Mohd Fadli Salleh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas