Connect with us

Oh! Media

Ditipu RM15,000, Scammer Ambil Kesempatan Jual Topeng Muka

Orang2bramai2bdinasihati2bsupaya2btidak2bmembeli2bpenutup2bmuka2batas2btalian2bdan2bmembelinya2bdisyarikat2byang2bsahpng

Trending

Ditipu RM15,000, Scammer Ambil Kesempatan Jual Topeng Muka

Tiga individu membuat laporan berkaitan pembelian topeng secara online sejak bulan lalu dan sehingga kini masih belum menerima apa yang dipesan. Dikatakan ketiga-tiga mereka yang terdiri daripada kerani dan peniaga mengalami kerugiaan sebanyak RM15,000 kerana ditipu oleh penjual atas talian itu.

Superintendan Elias Omar selaku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah berkata ketiga-tiga mangsa yang ditipu berusia 30-an, dua daripadanya dari Alor Setar dan satu lagi dari Sungai Petani. Mereka membuat laporan polis selepas berasa ditipu kerana masih tidak dapat lagi pesanan mereka setelah sebulan berlalu.

Ketiga-tiga mereka telah memasukkan duit kepada akaun penjual topeng yang berlainan. Penipuan ini berlaku di sepanjang bulan Februari. Syarikat pembekal sedang dikesan setelah mangsa membuat laporan polis. Sejak penularan wabak covid-19, bekalan topeng muka susah didapati di pasaran.

IKLAN

Orang ramai dinasihati supaya tidak membeli penutup muka atas talian dan membelinya disyarikat yang sah. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

OHMEDIA : SEMOGA PENIPU ITU DAPAT PEMBALASAN!

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca scammer ambil kesempatan jual topeng muka di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas