Connect with us

Oh! Media

Ramai Kecam Dan Persoal Jawapan Ustaz Azhar Idrus, Ini Jawapan Dr. Zakir Naik

ohmedia zakirnaik uai

Oh! Islam

Ramai Kecam Dan Persoal Jawapan Ustaz Azhar Idrus, Ini Jawapan Dr. Zakir Naik

Inilah contoh di mana orang Islam sudah mula berani mempertikai pendapat seseorang yang bergelar ustaz dan alim ulama. Mereka berani mempersoal pandangan alim ulama umpama merekalah lebih pandai dan arif tentang agama.

Itulah apa yang berlaku ke atas penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus selepas menyatakan umat Islam tidak boleh membersihkan rumah ibadat agama lain. UAI menjawab soalan yang diajukan tentang video yang menunjukkan sekumpulan pelajar universiti bantu membersihkan sebuah kuil sebelum ini.

Akibat dari jawapan itu, ramai juga yang mempersoal mengapa pula kita tidak boleh membantu?

Kecaman demi kecaman diterima UAI dan itu menyebabkan terpanggil seorang lagi tokoh Islam hebat, Dr. Zakir Naik untuk mempertahankan kenyataan UAI.

IKLAN

“Beliau adalah orang yang berilmu” – Zakir Naik

Ustaz Azhar Idrus ketika ditanya (dalam ceramah) adakah umat Islam boleh bersihkan. Beliau berkata perkara itu tidak dibenarkan dalam Islam. Ramai orang mengkritik beliau.

Saya pernah berjumpa dengan beliau sebelum ini. Bagi saya beliau adalah orang yang berilmu dan jawapan itu betul. Saya bersetuju sepenuhnya dengan beliau.

Zakir Naik menjelaskan isu ini dengan hujah yang cukup kuat dan banyak contoh situasi dalam video yang dimuat naik. Larangan ini bagaimanapun tidak bermakna umat Islam menjadi musuh penganut agama lain kerana itu adalah kepercayaan mereka dan kita pula dengan kepercayaan kita.

Walaupun kita tidak boleh membantu membersih rumah ibadat mereka, kita boleh membantu memberi sumbangan lain seperti kewangan, memberi rawatan perubatan, membeli perabot dan sebagainya.

Berikut adalah video penuh jawapan dari Dr. Zakir Naik. Harap dapat menjawab segala persoa.lan

Kredit: YouTube

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas