Connect with us

Oh! Media

Hotel Di Malaysia Tinggalkan Nota Pada Setiap Malam Sebagai Tanda Terima Kasih Kepada Frontliners!

Hotel2b252812529jpg

Trending

Hotel Di Malaysia Tinggalkan Nota Pada Setiap Malam Sebagai Tanda Terima Kasih Kepada Frontliners!

Sepertimana yang kita tahu, ramai orang sedang terjejas dari segi kewangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Memang tidak dinafikan apabila banyak sektor terkesan terutamanya industri perhotelan yang kemerosotan jumlah pelanggan yang datang.

Walaubagaimanapun, perkara itu tidak menghalang mereka untuk memberi semangat kepada petugas barisan hadapan dengan memberi mesej-mesej positif yang sedang bertungkus lumus merawat pesakit-pesakit positif Covid-19 di hospital.

Baru-baru ini, terdapat beberapa hotel menyampaikan pesanan ringkas untuk rakyat Malaysia. Apa yang paling kreatif adalah mereka menyalakan lampu tingkap hotel sehingga membentuk perkataan  tau.

IKLAN



Menurut seorang pengguna yang dikenali sebagai @ekinkacak di Twitter, Hotel Tenera yang terletak di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi dilihat memberi mesej dengan kata-kata positif seperti Be Safe, To KKM, Padu Abang Rider, Feel Ok dan banyak lagi pada setiap malam.

Manakala pengguna lain juga berpendapat bahawa hotel-hotel lain juga melakukan perkara yang sama. Rata-rata ramai warganet memuji tindakan mereka lakukan untuk rakyat Malaysia. Psst! Tak sangka hotel di Malaysia sangat kreatif. Hehe.

OHMEDIA: LEPAS HABIS PKP, BOLEHLAH KORANG DATANG KE HOTEL SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN.

Sumber: Twitter

+ Baca respon pembaca sayang Malaysia di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas