Connect with us

Oh! Media

Isteri Da’i Farhan Dedah Kini Berbadan Dua

farhanjpg

Oh! Artis

Isteri Da’i Farhan Dedah Kini Berbadan Dua

Tahniah Ohmedia ucapkan kepada isteri pendakwah bebas Da’i Ahmad Nik Farhan iaitu Dr. Erin kerana beliau kini berbadan dua. Alhamdulillah, rezeki daripada Allah SWT.

Perkongsian berita baik itu telah dibuat di Instagramnya, @drholisw baru-baru ini. Menerusi entri tersebut, beliau juga mengatakan bahawa dia amat teruja seperti mendapat anak pertama apabila mengetahui keputusan ujian kehamilannya.

Dah lima tahun tak pernah fikir nak cari benda ini. Tup tup semalam loya-loya muntah ingat sebab angin berpuasa tapi bila adik petrol pum tegur ‘akak ok ke nampak macam tak ok saja. Ntah-ntah berisi kot, maklumlah memang musim dia’. Terus gelabah. Pagi ini pergi cari juga benda ini. Rasa macam dapat anak pertama saja dia punya teruja bila dia bagi dua calit kat situ. Alhamdulillah, rezeki Ramadan dan Covid-19. Terima kasih bagi semua kena kuarantin ada kebaikan juga ya. Mungkin terlalu awal untuk menunjuk tapi terlalu teruja lain macam sikit sebab dah lama sangat tak dapat berita ini. Minta maaf tau.

Rata-rata ramai netizen mengucapkan tahniah kepada Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali Dr. Erin berusia 40 tahun itu serta mendoakan agar beliau dipermudahkan segala urusannya nanti.

IKLAN

OHMEDIA: WAH, TAHNIAH GAIS! DOA YANG BAIK-BAIK.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca ucap tahniah di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas