Connect with us

Oh! Media

“Benda Negatif Saya Akan Block” – Ebit Lew Jawab Sebab Block Caprice

Ohmedia ebitlew

Trending

“Benda Negatif Saya Akan Block” – Ebit Lew Jawab Sebab Block Caprice

Ini merupakan satu lagi persoalan yang dijelaskan pendakwah bebas Ebit Lew selepas Caprice sebelum ini mendakwa telah disekat Ebit Lew di Instagram. Ebit Lew dengan tenang menjawab yang dia sememangnya dari dulu akan menyekat benda negatif dalam hidupnya.

Memang kalau benda negatif saya akan blok. – Kata Ebit Lew.

Benda negatif yang dimaksudkan Ebit Lew turut dijelaskan secara terperinci di dalam sidang media tengah hari tadi di mana Ebit mula terasa hati sewaktu arwah bapanya sedang tenat di hospital.

BACA: (VIDEO) Ebit Lew Tenang Jawab Segala Persoalan Caprice Dan Nadir Al-Nuri

IKLAN

Ia bermula apabila Caprice dikatakan menegur Ebit Lew sebagai tidak sensitif melalui pesanan direct message (DM) kerana menziarahi ayahnya yang sedang nazak di hospital pada waktu PKP, sedangkan rakyat biasa tidak boleh menziarahi keluarga di hospital.

Ia kerana pihak KKM dan Hospital Gleneagles telah memberikan kebenaran setelah Ebit Lew dan arwah bapa didapati negatif Covid-19. Ebit Lew juga perlu memakai set PPE yang lengkap dan hanya diberikan masa selama 30 minit sahaja untuk bersama arwah.

Sedih, kecewa dan merasakan apa yang dilakukan Caprice tidak tepat pada waktunya, Ebit Lew dikatakan telah mencampak telefonnya ke tepi dan terus menyekat Caprice.

Ebit Lew meluahkan rasa terkilan kerana Caprice yang dianggap seorang sahabat sanggup melontarkan kata-kata negatif di saat sahabat lain dalam kesedihan, apatah lagi ketika bapanya sedang nazak.

Ikuti sidang media penuh penjelasan Ebit Lew:

Kredit: Instagram Ebit Lew

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas