Connect with us

Oh! Media

Thailand Ucap Tahniah Malaysia Berjaya Tangani Covid-19 Dengan Baik

ohmedia thailand ucap tahniah malaysiapng

Oh! Negara

Thailand Ucap Tahniah Malaysia Berjaya Tangani Covid-19 Dengan Baik

Nama Malaysia nampaknya semakin dikenali dan disegani oleh kebanyakan negara di dunia. Terbaru, negara jiran Thailand telah mengucapkan tahniah kepada Malaysia yang dilihat berjaya menangani pandemik Covid-19 dengan baik.

Ucapan tahniah ini disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan o-cha kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui panggilan telefon semalam.

Pendekatan Malaysia menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memainkan peranan penting dalam mengurangkan jangkitan di negara itu. Thailand akan meneruskan kerjasama yang sudah terjalin dalam semua dimensi, khususnya dalam menangani pandemik COVID-19 di sepanjang sempadan negara serta membantu kepulangan tenaga kerja. – Katanya.

Panggilan itu juga adalah kali pertama dilakukan sepanjang lebih 100 hari Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia.

IKLAN

Thailand turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana melancarkan urusan membawa pulang warga Thailand yang bekerja di Malaysia yang memberi jaminan keselamatan dan kesihatan kepada warga Thailand.

Semalam 10 Jun Malaysia sudah memulakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang merupakan strategi untuk keluar dari pandemik ini selepas rekod jangkitan hampir sifar. Semoga kita terus bersama-sama menjaga kejayaan yang dicapai dan terus amalkan norma baharu.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca yang bangga dengan Malaysia di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas