Connect with us

Oh! Media

57 Menteri Isytihar Harta Kepada SPRM, PM Pegang Pendapatan Bulanan RM93,841.65

ohmedia gaji menteri5png

Oh! Negara

57 Menteri Isytihar Harta Kepada SPRM, PM Pegang Pendapatan Bulanan RM93,841.65

Sebelum ini kita ada mendengar bahawa kebanyakan ahli Perikatan Nasional dan menteri termasuk Perdana Menteri telah melakukan mengisytiharkan harta mereka. Sekarang kita boleh melihat semua senarai harta ini di Portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysial (SPRM).

Sudah pasti, jawatan yang memegang pendapatan bulanan tertinggi di dalam kerajaan adalah jawatan yang disandang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri iaitu sebanyak RM93,841.65 beserta aset melebihi RM10 juta.

Pendapatan bulanan kedua tertinggi pula diterima oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa iaitu sebanyak RM87,877.20 sebulan dan ketiga adalah Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan dengan RM85,450 sebulan.

IKLAN

Jawatan menteri lain juga masing-masing mendapat gaji bulanan sekitar RM24,000 hingga RM84,000.

Jawatan menteri yang menerima pendapatan bulanan terendah adalah Yb Dato Sri Reezal Merican Bin Naina Merica iaitu sebanyak RM24,687.

Sehingga hari ini, pihak SPRM telah menerima maklumat harta daripada 57 orang anggota pentadbiran daripada 70 anggota. Jadi, jika korang nak lihat sendiri senarai penuh ini, boleh terus ke postal SPRM di web mydeclaration.sprm.gov.my.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti gaji menteri ini di Facebook Oh! Media.




OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas