Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang perkongsian bahan dan juga pandangan daripada umum. Jika anda ingin menghubungi kami untuk berkongsi perkara yang menarik atau apa sahaja perkara yang anda rasa perlu untuk diketahui rakyat Malaysia, inbox kami di Facebook, Instagram, ataupun X, mana satu yang lebih anda suka.
Advertising.
Advertising is the lifeblood that enables us to continue operating and growing. For any official inquiries or advertising-related matters, please email us directly at ceo[at]ohmedia.my or advertising[at]imediaasia.co
YouTuber dan pempengaruh terkenal IShowSpeed tidak dapat menahan sebak selepas mendapat berita mengenai persaraan idolanya, Cristiano Ronaldo daripada pentas bola sepak antarabangsa.
IShowSpeed merupakan peminat tegar Ronaldo dan sering menunjukkan sokongannya terhadap bintang tersebut, termasuk meraikan setiap jaringan serta sanggup mengembara ke pelbagai negara untuk bertemu idolanya.
“Saya berhasrat untuk menjadi seorang insan seperti anda. Menjadi sumber inspirasi kepada orang lain. Terima kasih.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pengundi pada PRN Melaka supaya memilih wakil rakyat yang mempunyai hubungan langsung dengan Pejabat Perdana Menteri bagi memudahkan urusan pembangunan serta menjaga kebajikan penduduk setempat.
Menurut PMX, keselarasan hala tuju antara pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan wakil rakyat di DUN amat penting untuk bantu melancarkan pelaksanaan projek pembangunan serta dasar kebajikan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengakui tidak mengetahui mengenai dakwaan dua wakil hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadap suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Rosmah, beliau dan ahli keluarga tidak menerima sebarang makluman berhubung perkara tersebut, termasuk kemungkinan pembayaran denda berkenaan.
“Saya tidak tahu, keluarga juga tidak dimaklumkan mengenainya. Sepatutnya kamu beritahu saya”.
Pendakwah, Ustaz Wadi Annuar memaklumkan beliau masih mengalami kesakitan selepas 14 hari terlibat dalam kemalangan, walaupun mengambil ubat tahan sakit setiap hari.
Pemeriksaan X-ray sebelum ini tidak menunjukkan kecederaan, namun CT scan mendapati empat bahagian rusuknya patah dan di bahagian belakang badan turut mengalami kecederaan patah.
Dalam siaran langsung itu, beliau turut berkongsi doa yang diamalkan ketika berdepan ujian bertimpa-timpa dan berkata doa tersebut sering diulang beberapa kali untuk memohon ketenangan daripada Allah.
Psst! follow juga @ohmediaplus dan share story ini kepada kawan-kawan korang yang awesome!
AS$15 BILION! Google nampaknya serius jadikan Malaysia hab teknologi AI serantau! 🔥🇲🇾
Bukan setakat bawa masuk pelaburan besar, lebih 37,000 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan dan 800,000 rakyat Malaysia bakal diberi latihan kemahiran digital menjelang 2031.
Persoalannya, adakah ini bakal jadi titik perubahan besar buat masa depan ekonomi dan teknologi Malaysia? 👀
Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mengumumkan persaraan daripada pentas antarabangsa selepas 23 tahun menyarung jersi Portugal.
Menerusi sepucuk surat perpisahan yang penuh emosi, Ronaldo mengenang perjalanan kariernya bersama skuad kebangsaan termasuk kejayaan menjulang trofi EURO 2016 serta UEFA Nations League pada 2019 dan 2025.
Beliau turut menyatakan bahawa kebanggaan menyarung jersi nombor 7 akan menjadi kenangan sepanjang hayatnya dan Portugal akan sentiasa menjadi sebahagian daripada dirinya.