Connect with us

Oh! Media

Polis Trafik Tendang Penunggang Motosikal Diarah Bertugas Dalam Pejabat Sementara Disiasat

Ohmedia polis trafik2png

Trending

Polis Trafik Tendang Penunggang Motosikal Diarah Bertugas Dalam Pejabat Sementara Disiasat

Semalam (25 Ogos 2020) Ohmedia ada kongsikan satu artikel yang menunjukkan seorang anggota polis trafik telah menendang penungang motosikal sehingga jatuh apabila dia bertindak cuba melarikan diri dari pemeriksaan dan membuat u-turn.

Bagaimanapun penunggang motosikal terbabit masih belum membuat sebarang laporan polis dan kini anggota polis trafik sedang disiasat dan ditugaskan di pejabat sahaja buat masa ini.

Sekiranya terbukti anggota trafik itu bertindak di luar batasan peraturan, tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya. Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak memandang serius kejadian ini. – Kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail.

Aidi berkata, hasil pemeriksaan mendapati, penunggang terbabit tidak mempunyai lesen memandu selain cukai jalan motosikal sudah tamat tempoh.

IKLAN

Bagaimanapun, netizen di sosial media dilihat menyokong tindakan polis trafik berkenaan yang melakukannya secara spontan dan kerana penunggang motosikal terbabit boleh membahayakan orang ramai.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang sokong tindakan polis trafik ini di Facebook Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas