Connect with us

Oh! Media

Terengganu Salur RM1 Juta Kepada Setiap 32 Dun Tanpa Mengira Parti

Sya 0693jpg

Oh! Negara

Terengganu Salur RM1 Juta Kepada Setiap 32 Dun Tanpa Mengira Parti

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri akan menyalurkan peruntukan kepada semua 32 kawasan DUN tanpa mengira sama ada ia dimenangi Pas atau pembangkang, antaranya peruntukan RM1 juta untuk program Hari Keluarga Peringkat DUN dan program perpaduan nasional.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019 negeri, Kerajaan Terengganu juga memperuntukkan RM97.9 juta untuk agenda pembangunan kualiti modal insan yang menjadi antara teras dalam pendidikan negeri.

Negeri Terengganu turut peruntukan sejumlah RM2.015 bilion, jumlah lebih besar berbanding RM1.996 bilion bajet tahun lepas.

IKLAN

“Daripada jumlah itu sebanyak RM66.93 juta adalah hasil cukai, RM203.53 juta adalah hasil bukan cukai dan RM1.745 bilion merupakan terimaan bukan hasil,” katanya ketika membentangkan Bajet 2019 di Persidangan Dun hari ini.

Bertemakan Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera, kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM2.015 bilion untuk perbelanjaan mengurus.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas