Connect with us

Oh! Media

Tok Mat Cadangkan Untuk Tubuh RCI Siasat Isu TH

mohamadhasanmbnegrisembilan1212jpg

Oh! Negara

Tok Mat Cadangkan Untuk Tubuh RCI Siasat Isu TH

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terhadap isu kedudukan kewangan Tabung Haji (TH).

“Kita mesti melihat isu ini dalam konteks yang besar, bukan saja berkaitan soal pemberian hibah yang tidak mengikut prosedur dan peruntukan TH, tetapi yang lebih mendasar ialah ia menggambarkan kewujudan krisis tadbir urus korporat dan pengurusan yang tidak mengikut amalan terbaik.

“TH adalah institusi milik orang Melayu dan Islam, masyarakat awam secara umum berhak mengetahui kedudukan sebenar institusi ini dan kebenaran hanya akan terbit daripada siasatan yang telus, tidak berpihak dan menyeluruh,” katanya

IKLAN

Tok Mat berkata, cara terbaik membela kepentingan Melayu dan Islam adalah dengan memastikan institusi berkenaan diuruskan dengan sebaiknya dan tidak dibiarkan susut nilai serta dipergunakan.

“UMNO sangat serius dalam apa jua usaha memelihara kewibawaan institusi yang berkaitan dengan orang Melayu dan agama Islam. Sebarang usaha untuk memperkuat institusi ini dan menghapuskan ketirisan, pecah amanah serta salah tadbir urus mesti disokong oleh semua pihak.

Isu ini bangkit apabila ia didakwa, pemberian hibah kepada pendeposit TH sejak 2014 bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas