Connect with us

Oh! Media

Nurul Izzah Akhirnya Bersuara Berhubung Isu Warkah Tulisan Mujahid

ihklujpg

Oh! Negara

Nurul Izzah Akhirnya Bersuara Berhubung Isu Warkah Tulisan Mujahid

Bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akhirnya membuka mulut berhubung isu warkah dikirimkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Reaksi yang dinantikan semua pihak itu menyusul selepas empat hari Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menerima warkah berkenaan.

Menerusi Twitternya, Nurul Izzah menjelaskan surat itu mempunyai niat baik tetapi menegaskan ia amat tidak wajar dan merendah-rendahkan martabatnya.

IKLAN

“Niat yang baik walaupun sebenarnya saya sudah memaklumkan kepada Dato, bahawa surat terbuka adalah tidak sesuai dan merendahkan-rendahkan diri, sebaiknya kita memberi tumpuan kepada isu-isu sebenar,” kata Nurul Izzah.

Selasa lalu, Mujahid menulis surat terbuka itu supaya anak sulung Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memikirkan semula keputusannya yang meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Beliau menulis surat berkenaan menerusi Facebook, ketika dalam perjalanan dari bandar bersejarah Cordova ke Madrid.

Dalam warkah itu Mujahid membahaskan dirinya ‘kekanda’ untuk merujuk kepada dirinya dan ‘adinda’ untuk merujuk kepada Nurul Izzah.

Sumber: Berita Harian

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas