Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dalam satu kenyataan menasihatkan kepada seluruh rakyat Malaysia agar berhenti daripada terus mengecam Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berikutan dengan isu yang melibatkan anaknya yang ditahan kerana didapati terlibat dengan kes dadah.
“Benda macam ini tidak boleh dijangka. Kita tidak boleh kata anak-anak orang besar sama ada menteri mahupun anak tok imam terjamin tidak terlibat dadah.
“Seperti mana beliau mahu melihat rakyat dalam keadaan baik, begitu juga dia mahu perkara sama untuk anaknya, kata Tajuddin.
Tajuddin juga berkata, orang ramai tidak sepatutnya menjadikan isu ini sebagai alasan mengecam Menteri Pertahanan terbabit dan biarkan ia terus disiasat pihak polis kerana masih belum ada bukti mengenainya.
“Budak-budak yang telah tersasar, kita jangan campak dia, jangan kecam. Kita cari langkah positif untuk memulihkan dia. Kita tidak dapat faedah jika terus kecam dan mengutuk.
OH! MEDIA
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.