Connect with us

Oh! Media

Khairy Jamaluddin Berikan Markah ‘D’ Kepada Pentadbiran PH

unnamedjpg

Oh! Negara

Khairy Jamaluddin Berikan Markah ‘D’ Kepada Pentadbiran PH

Selepas 10 bulan kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan mengambil alih dari kerajaan Barisan Nasional, PH hanya dinilai dengan memperoleh gred D.

Ia dinilai oleh bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang diwawancara khas bersama R.AGE yang berkata “Markah ‘D’ dan bukannya ‘F’ kerana saya rasa ada beberapa perkara yang mereka cuba lakukan, tetapi tentunya bukan ‘C’ kerana kebanyakan janji manifesto mereka tidak dilaksanakan.

“Kos sara hidup tidak berubah. Walaupun sudah sembilan bulan, tiada petanda tentang hala tuju kerajaan untuk meringankan kos sara hidup,” katanya lagi.

IKLAN

Selain itu, Khairy Jamaluddin juga melihat PH gagal untuk respon dengan pantas untuk mengawal rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu sejak PRU lalu dan melihat PH bukan sahaja gagal dalam ekonomi, namun gagal dalam isu masyarakat.

Walaubagaimanapun, Khairy masih memberikan kredit kepada  Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang dilihat antara menteri yang paling menonjol dalam jemaah menteri.

“Saya nilai berdasarkan interaksi mereka di Parlimen, maka jika Anthony atau seseorang seperti Gobind menjawab soalan, mereka menjawab dengan profesional dan terus, manakala yang lain merapu, mengelak atau menyerang.” katanya.

Kredit: R.AGE

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas