Connect with us

Oh! Media

“Perintah Agong Mesti Dilaksanakan Hari Ini!” – Peguam Desak Najib Razak Dipindahkan Ke Rumah

ohmedia ohmedia featured najib razak 4

Trending

“Perintah Agong Mesti Dilaksanakan Hari Ini!” – Peguam Desak Najib Razak Dipindahkan Ke Rumah

Peguam Najib Razak mendesak bekas Perdana Menteri itu dipindahkan ke kediamannya di Langgak Duta untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah.

Intipati berita

  • Peguam menggesa pihak penjara segera memindahkan Najib Razak ke kediamannya di Langgak Duta bagi menjalani baki hukuman secara tahanan rumah.
  • Pasukan pembelaan mendakwa perintah pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong masih belum dilaksanakan walaupun telah dikeluarkan.
  • Peguam meminta Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik penangguhan sementara pelaksanaan perintah tahanan rumah dengan segera.
  • Istana Negara menegaskan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat Najib boleh menjurus kepada tindakan mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong.

Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pihak penjara supaya segera memindahkan bekas Perdana Menteri itu ke kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur bagi menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Menurut laporan Kosmo, desakan itu dibuat susulan dakwaan bahawa titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menerusi perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib masih belum dilaksanakan.

IKLAN

Najib Razak masih di penjara walaupun perintah pengampunan telah keluar?

ohmedia ohmedia featured najib razak 3

Menurut peguam daripada firma Tetuan Shafee & Co, pelaksanaan tahanan rumah itu perlu dilakukan selaras dengan perintah pengampunan yang diberikan kepada Najib.

Malah, pihak pembelaan turut menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik penangguhan sementara bagi pelaksanaan perintah berkenaan dengan segera.

Mereka menegaskan bahawa Najib masih berada di Penjara Kajang meskipun perintah pengampunan tersebut telah dikeluarkan.

Perintah Yang di-Pertuan Agong mesti dilaksanakan hari ini. Pendirian anak guam kami mengenai kesan undang-undang perintah pengampunan secara keseluruhannya serta hukuman dan hak beliau kekal terpelihara.

Sehingga kenyataan disiarkan, anak guam kami masih berada di Penjara Kajang dan titah Yang di-Pertuan Agong belum dilaksanakan.

Baginda juga bertitah sebarang hujah mempertikaikan perintah pengampunan menjurus ke arah mengingkari perintah baginda. Kenyataan AGC tengah hari tadi, perlu dibaca sebagai keingkaran nyata terhadap Agong.

Istana Negara turut keluarkan titah

ohmedia agong sultan ibrahim

Terdahulu, Istana Negara bertitah bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib disifatkan menjurus kepada tindakan mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Dalam perkembangan sama, pasukan pembelaan Najib turut menjelaskan bahawa perintah mahkamah tidak boleh mengubah titah Yang di-Pertuan Agong.

Mereka juga mempersoalkan tindakan AGC yang bersandarkan Perintah Pelepasan atas Pembayaran Denda yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

Menurut pasukan pembelaan, perintah berkenaan perlu dibaca secara keseluruhan kerana ia berkaitan pembayaran denda dan pelepasan liabiliti terhadap pembayaran tersebut.

AGC bersandar kepada Perintah Pelepasan atas Pembayaran Denda dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, yang perlu dibaca secara keseluruhan, bermula daripada tajuknya.

Ia adalah perintah susulan pembayaran denda dan pelepasan dibenarkannya terbit daripada pembayaran berkenaan, seperti tercatat dalam resital: ‘dan bahawasanya denda berkenaan… kini sudah dibayar.

Di sisi undang-undang, pembayaran denda melepaskan liabiliti untuk membayar denda dan proses berkenaan dengan sendiri, tidak boleh menamatkan hukuman pemenjaraan.

Perintah sama turut merekodkan anak guam kami hendaklah menjalani hukuman secara tahanan di rumah selaras perintah pengampunan, seperti diakui AGC semalam.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas