Trending
“First And Last Pergi” – Tular Video Orang Ramai Panjat Pagar, Berebut Masuk Dataran Putrajaya
Netizen mengecam tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak.
Tular di Thread satu video memaparkan kekecohan apabila orang ramai tidak sabar menunggu waktu dibenarkan masuk ke Dataran Putrajaya untuk menyaksikan perarakan merdeka 2026.
Dalam video tular, dapat dilihat segelintir pihak memotong barisan yang beratur lalu memanjat pagar untuk ke tempat duduk.
Kecoh! Orang ramai panjat pagar
View on Threads
Malah, ada individu tidak bertanggungjawab didakwa meminta orang ramai untuk terus masuk sedangkan pihak polis sudah memberikan arahan.

Di Thread, orang ramai yang menyaksikan kejadian turut berkongsi video kekecohan yang berlaku.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi ditinggalkan orang ramai berhubung kejadian ini. Rata-rata meluahkan rasa bengang dengan segelintir individu yang tidak sabar dan memulakan provokasi terhadap polis bertugas.
