Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Setuju Berikan Suntikan Kepada FELDA Sebanyak RM6b

Datuk seri mohamed azmin ali 1533614721jpg

Oh! Negara

Kerajaan Setuju Berikan Suntikan Kepada FELDA Sebanyak RM6b

Demi membantu FELDA, kerajaan kini telah bersetuju untuk memberi suntikan wang berbentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan sebanyak RM6.23 dan akan diberikan mengikut keperluan.

Azmin Ali sebentar tadi telah membentang Kertas Putih FELDA di Dewan Rakyat dan berkata model baharu akan digunakan bagi menyuntik tenaga baharu dan mengoptimumkan potensi untuk maju serta memodenkan industri pertanian FELDA.


IKLAN

“Wahai peneroka FELDA, Kerajaan Pakatan Harapan mempunyai keyakinan kepada kalian. Sama-samalah kita bangkit, bersatu dan maju bersama demi kegemilangan FELDA, rakyat dan negara. Saya yakin FELDA mampu bangkit semula.

“Saya berharap usaha kerajaan ini akan mendapat sokongan dan dukungan peneroka untuk mengembalikan FELDA sebagai agensi yang mampu mengangkat martabat peneroka FELDA dan menjamin kelestarian FELDA,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas