Trending
“RM54,692 Berjaya Kita Kumpul Pada Hari Pertama” – Syed Saddiq Terharu Ramai Beri Semangat
Syed Saddiq sasar RM200,000 untuk membantu rakyat Muar.
Baru hari pertama, Larian Kesyukuran Muar sudah berjaya mengumpul RM54,692 daripada sasaran keseluruhan RM200,000.
Perkembangan itu dikongsikan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi hantaran di Instagram selepas memulakan larian dari Putrajaya menuju ke Muar semalam.
Menerusi perkongsian tersebut, Syed Saddiq berkata ramai orang menunggu di tepi jalan sepanjang perjalanan untuk memberikan semangat dan mendoakan mereka.
Syed Saddiq sudah kumpul lebih RM50,000
Menurut Syed Saddiq, dia terkejut apabila tiba di Labu dan melihat masih ramai yang menunggu walaupun hari sudah malam.
Syed Saddiq turut memaklumkan sasaran kutipan bagi Larian Kesyukuran Muar adalah sebanyak RM200,000.
Dana itu akan disalurkan untuk inisiatif Foodbank dan pembelian iPad bagi masyarakat Muar yang memerlukan.
Terdahulu, Syed Saddiq dilaporkan memulakan Larian Kesyukuran Muar sejauh kira-kira 170 kilometer dari Istana Kehakiman, Putrajaya ke Laman Maharani, Muar.

Larian yang berlangsung selama empat hari itu dibuat sebagai tanda kesyukuran selepas melalui perjalanan panjang dan mencabar, selain sebagai usaha mengumpul dana untuk membantu golongan memerlukan.
Antaranya penyediaan bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan serta pembelian iPad bagi membantu pelajar mendapatkan akses kepada peranti pembelajaran.
Semua sumbangan akan disalurkan melalui akaun rasmi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar, manakala perkembangan kutipan dana akan dikemas kini secara berkala.

