Trending
“Dulu Seronok Ya Ugut Orang” – Individu Luah Rasa Terkejut Dakwa Pembuli Kini Jadi Pelakon
Individu ini mendakwa pembuli tersebut pernah berlakon dengan Anna Jobling.
Seorang individu mencuri perhatian netizen selepas mendakwa seseorang yang kini merupakan pelakon pernah membulinya ketika zaman kanak-kanak.
Dakwanya, pelakon berkenaan sudah beberapa kali muncul dalam drama televisyen, malah pernah berlakon bersama aktres jelita Anna Jobling.
Individu dakwa pembuli kini seorang pelakon
Dia meluahkan rasa tidak sangka melihat orang yang didakwanya pernah membuli kini semakin dikenali dalam dunia lakonan.

Katanya, dia akan menukar siaran atau menutup televisyen setiap kali melihat wajah pelakon berkenaan muncul di kaca TV.
Individu tersebut turut berkongsi kejadian yang didakwa berlaku ketika usia mereka masih kecil.
Menurutnya, pelakon itu pernah meminta dia memberikan gambar kepada seseorang yang disukai, namun situasi tersebut kemudian dikatakan bertukar menjadi masalah lain.
Suruh bagi gambar dia dekat crush dia lah..bila tak buat nanti kena marah. Lepastu bila dah bagi jadi hal lain pula. Crush dia conteng gambar dia. Lepastu kau marah aku siap ugut lagi nak datang rumah. Masatu kau baru umur 10 tahun tau. 10 tahun pun dah jadi pembuli. Tak tahu lah sekarang? Mungkin dah insaf kot. Yela kan dah jadi pelakon.
Perkongsian itu membuatkan netizen mula tertanya-tanya siapa individu yang dimaksudkan. Ada yang meminta pemilik hantaran mendedahkan nama, namun ada juga yang menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi melulu.

Seorang netizen turut berpendapat lebih baik orang ramai meninggalkan komen yang baik dan memberi semangat kepada individu tersebut tanpa mempersoalkan siapa pelakon yang didakwa sebagai pembuli.
Dalam masa sama, ada juga yang mengingatkan bahawa dakwaan tersebut melibatkan kejadian ketika zaman kanak-kanak, justeru orang ramai perlu berhati-hati sebelum membuat sebarang kesimpulan.
Pssttt! Apa pun, semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua. Kadang-kadang perbuatan yang dianggap kecil oleh seseorang boleh meninggalkan luka besar kepada orang lain.
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

