Oh! Negara
Rafizi Ramli Dan Nik Nazmi Buat Kejutan Umum Ambil Alih Parti Bersama Malaysia
Rafizi Ramli dan Nik Nazmi umum langkah ambil alih Parti Bersama Malaysia bersama beberapa Ahli Parlimen PKR.
Bekas pemimpin PKR, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengejutkan ramai apabila mengumumkan langkah untuk mengambil alih Parti Bersama Malaysia.
Pengumuman itu dibuat menerusi satu majlis khas yang berlangsung di Petaling Jaya dan turut dihadiri beberapa Ahli Parlimen PKR lain yang dilihat bersama mereka dalam sesi bergambar.
Parti Bersama Malaysia jadi tumpuan

Untuk korang yang tak tahu, Parti Bersama Malaysia atau Malaysian United Party sebenarnya telah didaftarkan sejak tahun 2016 di Pulau Pinang. Bagaimanapun, langkah terbaru melibatkan Rafizi dan Nik Nazmi ini terus mencetuskan perhatian ramai kerana kedua-duanya merupakan nama besar dalam arena politik negara sebelum ini.
Turut mencuri perhatian apabila lima lagi Ahli Parlimen PKR hadir dalam majlis berkenaan dan dilihat bersama Rafizi serta Nik Nazmi. Mereka ialah Bakhtiar Wan Chik, Wong Chen, Rodziah Ismail, Kesavan Subramaniam dan Zahir Hassan.
Setakat ini, belum ada penjelasan lanjut mengenai hala tuju Parti Bersama Malaysia selepas pengumuman tersebut dibuat.
Pssttt! Dalam politik, apa sahaja boleh berubah dalam sekelip mata. Apa yang penting, korang kena sentiasa nilai setiap perkembangan dengan matang dan jangan terus percaya spekulasi sebelum ada kenyataan rasmi penuh daripada pihak terlibat.
Kredit: malaysiakini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM