Connect with us

Oh! Media

Tengku Zafrul Tak Akan Lepaskan Majikan Salah Guna Subsidi Upah Untuk Kegunaan Sendiri

ohmedia tengku zafruljpg

Oh! Negara

Tengku Zafrul Tak Akan Lepaskan Majikan Salah Guna Subsidi Upah Untuk Kegunaan Sendiri

Nampaknya menteri kewangan kita, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak akan duduk diam sebaik sahaja melihat ada majikan yang tidak membayar upah pekerja mereka walaupun telah menerima bantuan kerajaan melalui subsidi upah.

Sebanyak RM500,000 dilaporkan telah disalah guna sesetengah syarikat dan tindakan tegas akan diambil kementerian itu.

Di kesempatan ini, saya ingin memaklumkan bahawa dalam ketika kerajaan berusaha membantu perniagaan dan pekerja untuk kelangsungan perniagaan mereka, saya berasa sedih dengan syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab yang tergamak mengambil kesempatan melalui program subsidi upah. Kerajaan mendapat laporan bahawa sejumlah lebih kurang RM500,000 subsidi upah yang sepatutnya dibayar kepada pekerja, telah diambil oleh majikan.

Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada majikan yang melakukan kesalahan ini. – Tegasnya.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini kementerian kewangan telah memutuskan melanjutkan pemberian subsidi upah kepada 3 bulan lagi menjadi jumlah keseluruhan 6 bulan yang bermula dari April hingga September ini.

IKLAN

Apa yang baiknya, kerajaan juga telah merancang untuk melanjutkan tiga hingga enam bulan lagi untuk memastikan semua pekerja tidak diberhentikan.

Jadi, mana-mana syarikat yang hentikan pekerja sesuka hati tanpa ada sebarang usaha untuk mengekalkan mereka, tidak seharusnya berlaku.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas